Monday, 10 June 2013

5 Prinsip Asas Bisnes Cina Yang Wajar Ditiru / mari berkongsi artikel

Selama ini kita menganggap kebanyakkan bangsa Cina, telah diberikan kelebihan oleh tuhan, dengan keupayaan untuk berjaya dalam perniagaan. Tanggapan ini dicetuskan setelah mereka mendominasi ekonomi negara selama berpuluh-puluh tahun.
Menurut Ann Wan Seng, dalam bukunya Rahsia Bisnes Orang Cina, beliau menyatakan bahawa bangsa Cina sama seperti bangsa yang lain. Ini kerana, beliau berpendapat bahawa perniagaan langsung tidak ada kena mengena dengan bangsa.

Untuk berjaya dalam perniagaan, kita harus mempunyai kemahiran berniaga. Kemahiran berniaga pula boleh dipelajari, tetapi tidak boleh dirujuk menerusi teori semata-mata.
Seseorang itu harus berani untuk menanggung risiko, bagi menimba pengalaman dalam perniagaan. Namun, terdapat beberapa prinsip asas bisnes bangsa Cina yang boleh diambil, untuk diimplimentasikan dalam dunia perniagaan kita.

Prinsip 1 – Berpandangan Jauh

Apabila kita mahu berniaga, kita sewajarnya mempunyai visi untuk memperoleh keuntungan jangka masa panjang. Ini dapat meningkatkan daya motivasi untuk bekerja keras, dan memberi keutamaan terhadap pelanggan.
Mempunyai visi yang jauh juga dapat membantu kita, untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam perniagaan. Supaya perniagaan kita tidak diburuk-burukkan oleh pelanggan.

Prinsip 2 – Semangat Juang Yang Tinggi

Berniaga memerlukan semangat juang yang tinggi. Ini kerana dalam perniagaan, kita akan menghadapi pelbagai jenis risiko, seperti kerugian besar dan sebagainya. Dengan mempunyai semangat juang yang tinggi, ia dapat membantu diri kita untuk terus mempertahankan perniagaan yang diceburi.
Menurut Ann Wan Seng, bangsa Cina mempunyai semangat juang tinggi. Ini dapat dilihat menerusi setiap perniagaan yang diceburi oleh bangsa Cina, kebanyakkannya akan berjaya dan terus berjaya.

Prinsip #3 – Sedar Bahawa Masa Itu Emas

Masa itu adalah emas, dan emas itu jauh lebih bernilai jika dibandingkan dengan wang ringgit. Usahawan-usahawan berjaya berbangsa Cina sentiasa diterapkan dengan prinsip ini. Mereka sentiasa peka dengan peluang sekeliling, serta mengambil peluang tersebut dengan pantas. Kerana mereka sedar, masa tidak akan sesekali menunggu mereka.

Prinsip #4 – Sentiasa Percaya Pada Diri

Kepercayaan terhadap diri sendiri merupakan sifat paling penting dalam diri usahawan. Ini kerana, mereka percaya bahawa diri sendiri adalah penentu, sama ada perniagaan itu berjaya atau sebaliknya. Usahawan berbangsa Cina jarang berputus asa. Bahkan jika mereka ditimpa musibah, mereka akan segera mencari jalan untuk memperbaikinya dengan segera.

Prinsip 5 – Sabar, Sabar dan Sabar

Dalam perniagaan, keuntungan tidak akan datang sekelip mata. Seperti kita mahu mewujudkan ladang kelapa sawit. Kita perlu bermula dengan sebuah pokok, kemudian sebuah lagi, dan ia akan menjadi ladang kelapa sawit, selepas mempunyai sejumlah pokok yang banyak.
Dalam tempoh tersebut, kesabaran memainkan peranan yang penting. Pelbagai cabaran akan menduga kita. Pada usahawan Cina, mereka percaya bahawa kesabaran dapat membawa kepada hasil yang manis lagi menguntungkan. Oleh itu, kita perlu sentiasa bersabar, ketika menjalankan bisnes. Adalah tidak wajar, jika kita menganggap bisnes boleh memberikan keuntungan besar, dalam jangka masa yang singkat.

Tentang Penulis

Aqif Azizan merupakan usahawan internet dan penulis sepenuh masa. Beliau kini bertugas sebagai Content Developer & Business Manager di Flarebiz Network, sebuah syarikat teknologi maklumat yang dipelopori oleh usahawan muda.

2 comments:

PiNkYCaT

tips yang patut diikuti utk berjaya:)

Unknown

betul tu cik pinky..kita kena belajar keluar dari confort zone ..:) t.ksh comment yea...
singgah lagi nanti..

Post a Comment