Wednesday 5 June 2013

Cara Mengurangkan Stress:

Cara Mengurangkan Stress:

1)
Mencari dan Menikmati Ketenangan
ermm..sesekali pergi la berjalan2, makan angin, menonton wayang, bersiar di tempat yang mendamaikan fikiran kita..


2)
Al-Quran patut dijadikan teman akrab sepanjang waktu. Dengan membaca Al-Quran hati menjadi lebih tenang dan berfikir lebih rasional. Malahan, ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat
 
3) Lakukan senaman pernafasan
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas perlahan-lahan dengan mendalam dan kemudian hembuskan dengan sepenuh hati seperti melepaskan segala bebanan yang terletak di bahu
 
4)
Lakukan aktiviti luar seperti bersukan, jogging, beriadah
Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Jadi segala stress akan dapat dilupakan apabila melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan badanseperti bersukan dan jogging. Situasi akan menjadi lebih gembira jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Tambahan, ia dapat mempereratkan ikatan kekeluargaan menjadi lebih erat dan mesra.
 
5. Mendengar Lagu atau muzik yang mendamaikan
Mendengar lagu atau muzik yang mendamaikan banyak mendatangkan faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami stress atau tekanan perasaan. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Tapi anda perlulah memilih muzik yang lembut dan sesuai.
 
6.
Terima Keadaan Seadanya atau redha dengan ketentuan Ilahi
Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan. Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa dan jadi stress jika tidak memperolehinya. Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.

0 comments:

Post a Comment