Assalamualaikum..
Saya ingin bertanya apakah hukum memakai telekung yang berwarna seperti biru, pink, ungu dan sebagainya? Telekung itu juga nipis dan berbayang apabila memakainya tetapi tidaklah sehingga menampakkan warna kulit. Saya amat berharap kemusykilan saya ini terjawab kerana saya bercadang untuk menjual telekung travel berwarna dan telekung tersebut juga nipis tetapi tidak sehingga menampakkan warna kulit.
Sekian, terima kasih.

Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t
Telekung berwarna adalah harus digunakan kerana syarat mendirikan solat adalah menutup aurat tidak nipis sehingga menampakkan kulit (aurat)
2. dipetik dari : http://azmieyusoff.blogspot.com/2011/04/pemakaian-telekung-yang-begitu-sinonim.html
antara sedutan dari entri beliau :
"Terus kepada tajuk, hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis. "
0 comments:
Post a Comment